Sayyid Abdullah dan Sekilas Tentang Ratib Al Haddad

Sayyid Abdullah Al Haddad (1044 – 1132 H)

Sayyid Abdullah bin Alwi bin Muhammad Al-Haddad, Al-Husaini, Asy-Syafi’i Al-Hadhrami. Dilahirkan pada 5hb Safar 1044H. Ia mendapat pendidikan agama dari ulama’ Ba’ Alawi, kemudian berpindah belajar di Yaman menyempurnakan ke Mekkah dan Madinah. Tatkala ditanya orang tentang guru-gurunya, terutama ia mempelajari ilmu tasauf dan tarikat, ia menjawab ia tidak dapat menyebutkan seorang demi seorang kerana jumlahnya lebih dari seratus orang.

Bagaimanapun juga di antara guru-gurunya yang terpenting ialah :

1. Sayyid bin Abdur Rahman bin Muhammad bin Akil Al-Saqqaf kerana daripadanya ia mendapat Khirqah Sufi. As-Saqqaf ialah seorang tokoh sufi yang terkenal dalam Mahzab Mulamatiyyah.

2. Sayyid Abu Bakar bin Abdur Rahman bin Syeikh Aidid.

3. Sayyid Umar bin Abdur Rahman Al-Attas, inilah gurunya yang terpenting menurut keterangan sejarah. Sayyid Umar Al-Attas seorang daripada tokoh tarikat yang dianggap luar biasa dalam ilmu hakikat. Al-Haddad sendiri menyebut nama tokoh tarikat ini dengan penuh hormat sebagai gurunya dan beliau menerangkan bahawa daripadanya ia beroleh ajaran tarikat zikir yang sempurna serta beroleh khirqah yang terakhir.

Abdullah bin Umar Ba-Ubaid menerangkan bahawa Sayyid Umar Al-Attas adalah seorang wali yang tidak dapat disaingi pengetahuannya. Ia seorang Qutub dalam zamannya, sesudah gurunya Abu Bakar bin Salim. Dia (Sayyid Umar Al-Attas) seorang yang kashaf. Tarikat dan Ratibnya termasyhur dan tidak dapat mempengaruhi tarikat dan ratib muridnya Al-Haddad.

Sayyid Umar Al-Attas tidak meninggalkan karangan-karangan, tetapi murid­muridnya yang banyak itu menyampaikan ajarannya itu dari mulut kemulut dan menyebut dalam kitab-kitab karangan mereka.

Di antara murid-muridnya ialah lsa bin Muhammad Al-Habayi di Khanfar, Hadramaut; Syeikh Ali bin Abdullah Al-Baras, di Quraibah, Do’an, Hadramaut dan lain­lain. Semuanya terkenal dalam bidang tasauf.

Di antara murid-muridnya yang ramai dan terkenal Sayyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad yang sangat dicintainya. Beliau kemudian menjadi tokoh besar dalam tarikat dan seorang pengarang yang ternama. Ia terkenal sebagai orang yang Abid. Tiap-tiap hari ia kelilingi kota Tarim untuk sembahyang sunnat dalam tiap-tiap masjid.

Dalam kitab Masyru’ul Rawi disebutkan bahawa ia seorang yang melimpah­limpah ilmunya, ahli yang mempertemukan hakikat dan syariat. Sejak kecil ia telah menghafal Al Qu’ran. Seorang yang bersungguh-sungguh dalam membersihkan dirinya dan mengumpulkan ilmu pengetahuannya dari ulama’ terkenal yang semasa dengan dia seorang mujaddid yang terkenal ijtihad-ijtihadnya dalam persoalan ibadah. Seorang yang bersungguh-sungguh menghidupkan ilmu dalam amal dan oleh kerana itu dikenal orang di Timur dan di Barat. Beliau banyak melahirkan murid-murid yang salleh, yang tersiar keseluruh pelusuk bumi dari zaman ke zaman.

Ia pernah mengunjungi Mekkah dan Madinah dalam tahun 1080H dan salah seorang gurunya di Mekkah ialah Sayyid Muhammad bin Alawi As-Saqqaf Ba’ Alawi, yang keturunannya sambung menyambung sampai kepada Ja’far As-Sadiq anak Imam Baqir anak Imam Ali Zainal Abidin anak Imam Husein bin Ali bin Abi Thalib (suami Fatimah binti Rasulullah s.a.w.). Oleh itu pada akhir ratibnya dibacakan fatihah untuk dihadiahkan pada gurunya Sayyid Muhammad bin Alawi Ba’ Alawi.

Al-Haddad selain dari seorang tarikat, beliau juga seorang penyair. Apabila mengucapkan syairnya nescaya mempersonakan. Beliau juga seorang pengarang yang utama. Tulisannya sungguh mengharukan dan memikat hati. Di antara kitab-kitab karangan beliau ialah: An-Nasa’ih An-Diniyyah, Sabilul Azkar, Ad-Da’watul Ittihaful Sa’ il, Risalah Al-Mu’aw-wanah, Al-Fusulul Ilmiyyah, Risalatul Murid, Risalatul Muzakarah dan yang terpenting kitabul Majmu’ yang terdiri empat juzu’ berisi wasiat dan masalah­masalah hukum terpenting, dan pada akhirnya ditutup dengan kumpulan sajak-sajak yang indah bernama Durrul Manzum. Banyak orang berpendapat bahawa ilmu Sayyid Abdullah Al-Haddad tidak tersimpan dalam karangannya tetapi tersimpan dalam keperibadian dan ihwalnya, tersimpan dalam syair dan sajaknya.

Diriwayatkan bahwa beliau telah mendapat ilham menyusunnya pada suatu malam dalam bulan Ramadan yang dikatakan bertepatan dengan Malam Lailatul Qadr. Zikir-zikir mempunyai fadhilat yang sangat besar sekali, sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat banyak berkat antaranya mendapat Husnul khatimah. Waktu membacanya adalah selepas sembahyang Isyak dan sunnah ba’diyahnya. Tetapi pada bulan Ramadhan hendaklah dibaca sebelum sembahyang Isyak selepas sunnah kabliyahnya.

Sayyid Abdullah Al-Haddad pengarang ratib Al-Haddad kembali ke Rahmatullah pada malam Selasa tanggal 7hb Zulkaedah 1132H, dalam usia lebih kurang lapan puluh sembilan tahun (89 tahun). Empat puluh hari sebelum ia meninggal dikala sakitnya pada akhir bulan Ramadhan, dia sudah menjelaskan kejadian-kejadian yang akan datang pada dirinya.

Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W., keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya. Amien.

Sumber:

http://www.alhawi.net

http://web.singnet.com.sg/~mansal/kitab.htm

.

Sumber: http://www.kisah.web.id/tokoh-islam/sayyid-abdullah-al-haddad-1044-1132-h.html

.

.

Sekilas Tentang Ratib Al Haddad

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama dari nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).

Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah untuk membentengi dengan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Mesjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.

Beberapa perbedaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan barangsiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amin.

Sumber: http://gubah-alhaddad.blogspot.com/2011/01/sejarah-ratib-al-haddad.html

Dari : Orang Awam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: